Penjagaan“Buah”Anda dengan Teliti Sebagai Objektif Kami
PJC Agro Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengurusan pertanian ladang durian Malaysia yang berpengalaman dalam bidang penanaman, pengurusan dan pemasaran durian. Kami menawarkan Skim Pelaburan 「Durian Musang King Manor」, Pakar durian ternama setempat, Dr. Lim Chin Khee memikul peranan sebagai penasihat. Kami menumpukan perhatian dalam penanaman khazanah kebangsaan, durian musang king “D197”.
Ladang penanaman musang king terletak di tanah asal pengeluaran musang king, iaitu Gua Musang, Kelantan. Keadaan geografi, iklim dan persekitaran di tempat ini bagus sekali. Berserta lagi dengan pasukan penanaman dan pengurusan durian yang eksklusif, mutu produk kami dapatlah terjamin! Di samping itu, rangkaian pemasaran kami meliputi berbagai-bagai tempat agar kami dapat memasarkan buah durian ke luar negara untuk memperoleh pulangan yang lumayan.
PJC Agro Sdn. Bhd komited dalam menggabungkan penanaman durian tradisional dengan pengkomputeran proses pengeluaran hasil pertanian untuk menjamin mutu produk yang terbaik dan pulangan ekonomi yang tinggi sekali.
Understanding PJC AGRO "Musang King Greenscape Project" in 8 minutes (Chinese)
Penjagaan“Buah”Anda dengan Teliti Sebagai Objektif Kami
PJC Agro Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengurusan pertanian ladang durian Malaysia yang berpengalaman dalam bidang penanaman, pengurusan dan pemasaran durian. Pakar durian ternama setempat, Dr. Lim Chin Khee memikul peranan sebagai penasihat. Kami menumpukan perhatian dalam penanaman khazanah kebangsaan, durian musang king “D197”.
Ladang penanaman musang king terletak di tanah asal pengeluaran musang king, iaitu Gua Musang, Kelantan. Keadaan geografi, iklim dan persekitaran di tempat ini bagus sekali. Berserta lagi dengan pasukan penanaman dan pengurusan durian yang eksklusif, mutu produk kami dapatlah terjamin! Di samping itu, rangkaian pemasaran kami meliputi berbagai-bagai tempat agar kami dapat memasarkan buah durian ke luar negara untuk memperoleh pulangan yang lumayan.
PJC Agro Sdn. Bhd komited dalam menggabungkan penanaman durian tradisional dengan pengkomputeran proses pengeluaran hasil pertanian untuk menjamin mutu produk yang terbaik dan pulangan ekonomi yang tinggi sekali.
Understanding PJC AGRO "Musang King Greenscape Project" in 8 minutes (Chinese)
Menjadi Pelanggan
Pakar Penasihat
Pakar durian ternama setempat, Dr. Lim Chin Khee memiliki pengalaman penanaman durian selama 20 tahun. Semangat mengejar kesempurnaan menyebabkan beliau menjadi penasihat durian yang termasyhur. Sebagai pakar durian yang ditentukan khas oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, beliau selalu dijemput untuk menghadiri sesi ucapan dan latihan pelbagai syarikat media.
Selain mengusahakan beberapa ladang durian persendirian, Encik Lim juga memegang jawatan sebagai penasihat teknikal bagi beberapa ladang penanaman durian. Dalam masa 10 tahun yang terdekat, beliau telah membuat susulan akan pembangunan 12 buah ladang durian berskala besar.
Di bawah pimpinan beliau, nescaya khazanah kebangsaan yang kami tanam, musang king “D197” adalah terbaik antara durian yang bermutu tinggi serta mempunyai jaminan yang meyakinkan!
Permintaan Pasaranyang Sangat Tinggi
Durian musang king Malaysia mendapatkan perhatian daripada pasaran rantau Asia-Pasifik hingga pasaran seluruh dunia. Dalam pasaran China yang paling menarik perhatian orang ramai, semakin banyak pengguna berebut-rebut membayar harga yang tinggi hanya untuk menikmati cita rasanya. Kini, kurang daripada 1% daripada populasi China yang pernah merasai durian keluaran Malaysia.
Oleh sebab baka durian yang khusus ini amat mahal di China, permintaan pasaran durian Malaysia adalah sangat tinggi. Industri penanaman durian mendatangkan pendapatan sebanyak 9 kali ganda berbanding dengan industri penanaman kelapa sawit.Hasil jualan durian musang king Malaysia berkualiti terbaik yang diiktiraf olehperingkat dunia terus meningkat dengan pesat sehingga jauh melebihi hasil jualan pasaran durian Thailand.
Harga BelianPasdaran Tinggi
Durian ialah buah bermusim dan penanamannya bergantung pada iklim, jadi hasil penanamannya sentiasa berubah-ubah. Walau bagaimanapun, semakin banyak syarikat mewujudkan kaedah pembekuan pantas dan penyimpanan untuk menampung keperluan bekalan di luar musim durian. Buat masa ini, bekalan musang king hanya dapat memenuhi 3% daripada permintaan tahunan seluruh dunia dan ini telah pun menunjukkan kekurangan bekalan yang serius.
Di Malaysia, harga belian ladang durian musang king kian tahun kian meningkat dalam kadar yang besar. Ekoran hal itu, harga runcit pasaran turut bertambah. Pada tahun 2020, harga musang king di pasaran Malaysia mencapai RM80 tingginya.
Masa Depan denganEkosistem yangMesra Alam
“Ladang Durian Musang King Perkongsian Bersama” bukan projek yang mendatangkan pulangan lumayan semata-semata, malah ia juga merupakan mod penanaman mampan yang akan menyumbangkan usaha dalam pembentukan masa depan yang mesra alam. Panel suria juga dipasang di ladang durian untuk menggerakkan sumber boleh dibaharui.