Dusun Musang King


Dusun Musang King

Dusun Musang King

“Pelan Wajah Hijauan Musang King” terletak di bahagian timur laut Malaysia, Gua Musang, Kelantan yang beriklim baik dan berkedudukan strategik. Negeri ini terkemuka dengan penanaman musang king serta telah pun menjadi salah satu lokasi yang paling sesuai untuk penanaman baka durian musang king yang bermutu tinggi dan terbaik secara besar-besaran di dunia. Dengan ini, projek tersebut dapat memenuhi permintaan besar pelanggan terhadap raja buah terbaik dunia, durian musang king “D197”.                                                                                    

Sama seperti buah-buahan yang lain, keadaan tanih dan iklim menentukan mutu durian di sini. Ladang buah yang kami pilih mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan amat sesuai untuk penanaman durian musang king. Sebagai baka durian yang terbaik, musang king dikenali sebagai “Hermes” dalam kalangan durian disebabkan oleh buahnya yang kuning keemasan, aromanya yang terpahat dalam ingatan serta cita rasanya yang lazat sekali. Berikutan dengan kebenaran pengimportan durian terus dari Malaysia oleh pihak China, permintaan pasaran terhadap musang king meningkat secara mendadak. Negara China amat inovatif dalam mempromosikan produk sampingan durian seperti kuih bulan, aiskrim dan sebagainya. Hal ini membangunkan jenama dan hak eksklusif produk yang berkaitan dengan pesat, sama seperti kemajuan industri teh buih di Malaysia. Oleh itu, semakin banyak golongan berada berebut-rebut membangunkan ladang durian Malaysia.

Syarat kelayakan penyertaan “Pelan Wajah Hijauan Musang King” adalah rendah. Dana pelaburan bergantung pada keputusan individu. Oleh sebab projek ini tergolong dalam perkembangan bidang pertanian, jadi ia tidak tertakluk pada batasan pembelian orang asing di Malaysia. Bagi pelanggan tunggal, inilah peluang keemasan yang jarang ditemui.

Tempat asal pengeluaran musang king Malaysia yang tulen (Kelantan)
https://zhuanlan.zhihu.com/p/36486448

Mengandungi Berbilang SistemSecara Menyeluruhdan Sempurna

Sistem penanaman dan pengawasan pintar yang unik

Dasar pengurusan yang telus dan ketat

Saluran pemasaran yang luas

Keistimewaan Produk

Hasil penanaman kian tahun kian meningkat

Hasil penanaman yang lumayan

Industri pelbagaifungsi

25

Projek Selama Tahun

Purata kadar hasil penanaman mencapai

Tahun 1-5

Pada masa ini, pokok durian masih merupakan “bayi” yang sedang giat membesar.

Tahun 6-10

Pada masa ini, pokok durian sudah mencapai zaman “dewasa” yang banyak berbuah. Kadar hasil penanaman mula meningkat dengan pantas pada tahun ke-6.

Selepas tahun ke-11

Pada masa ini, pokok durian sudah melangkah ke usia “tua” dan berada pada tempoh berbuah bernas. Selepas 15 tahun, kadar hasil penanaman mencapai 40%.

IMG_20200228_172046

Harga Belian Rujukan Pasaran Musang King Malaysia(RM)

Durian musang king Malaysia mendapatkan perhatian daripada pasaran rantau Asia-Pasifik hingga pasaran seluruh dunia. Dalam pasaran China yang paling menarik perhatian orang ramai, semakin banyak pengguna berebut-rebut membayar harga yang tinggi hanya untuk menikmati cita rasanya.

Di Malaysia, harga belian langsung ladang musang king kian tahun kian meningkat dalam kadar yang besar. Ekoran hal itu, harga runcit pasaran turut bertambah. Antaranya, harganya di pasaran China turut meningkat secara signifikan. Potensi pembangunannya amat besar.

Hubungi Kami